Program Naziran Bersepadu YPKT 2025: Memperkasa Tadbir Urus dan Kecemerlangan Operasi

Program Naziran Bersepadu Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Tahun 2025 telah diadakan pada 15 Disember 2025 bagi memantau pematuhan prosedur tadbir urus dan meningkatkan keberkesanan operasi organisasi.
 
Pelaksanaan naziran ini bertujuan memastikan keberkesanan operasi organisasi di samping meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Program ini turut memberi pendedahan dan kefahaman kepada kakitangan serta pegawai berkaitan skop tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan selaras dengan garis panduan sedia ada.
 
Seramai 35 orang pegawai daripada Unit Latihan, Unit Perkhidmatan, Unit Pembangunan Organisasi dan Unit Integriti terlibat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Encik Azizul bin Ab Hadi, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia).
 
YPKT menghargai sumbangan pasukan naziran SUK atas panduan serta khidmat nasihat yang diberikan. Pihak YPKT akan terus mempertingkatkan penambahbaikan sistem dan prosedur kerja bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap prinsip tadbir urus yang berkesan.
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 311091

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 Disember 2025, 11:06:37.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY