Setiu, 13 Januari 2026 – University College Bestari (UCB) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) serta agensi dan syarikat strategik dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama akademia-industri.
MoU ini memberi tumpuan kepada perkongsian kepakaran, penyelidikan dan inovasi, latihan industri pelajar serta pelaksanaan program pembangunan komuniti yang bersifat inklusif dan berimpak.
Majlis turut menyaksikan pelantikan sebagai CEO@Fakulti Sains Sosial, sebagai pengiktirafan terhadap peranan strategik dalam menjayakan jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak industri. Pelantikan tersebut telah diterima oleh YBrs. Tuan Haji Nazri bin Yusof, Timbalan Pengarah (Program) YPKT, bagi pihak Pengarah YPKT, YBrs. En. Ahmad Faris bin Abdul Razak. Pelantikan tersebut turut diterima oleh agensi, syarikat dan industri rakan strategik yg lain.
Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud bin Mansor, Pengerusi Pengelola University College Bestari.








