YPKT Pelajari Amalan Terbaik AIM Dalam Pengurusan Skim Pembiayaan Mikro

DELEGASI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU (YPKT) ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT & SESI LIBAT URUS BERSAMA AIM
KUALA LUMPUR, 10 Disember 2025 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini menerima kunjungan daripada delegasi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang diketuai oleh Tuan Haji Nazri Yusoff, Timbalan Pengarah (Sektor Program).
 
Ketibaan delegasi disambut oleh barisan pengurusan kanan AIM yang diketuai oleh En. Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat).
Turut diadakan sesi libat urus yang membincangkan pelbagai perkara serta perkongsian kejayaan AIM sebagai sebuah institusi kewangan mikro di negara ini.
 
Hadir sama pada sesi libat urus berkenaan ialah En. Amir Hamzah Rahmat, Pengarah Bahagian Audit Dalaman dan Pengurusan Risiko; En. Zubairi Mohd Fadzil, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pembiayaan; Pn. Lailatun Khalilah Nasir, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat & Keusahawanan; serta Pn. Hajah Ezatul Shareen Hamim, Pengarah Bahagian Operasi Semenanjung.
 
Seramai 24 pegawai YPKT turut serta dalam sesi ini yang memberi fokus kepada perkongsian amalan terbaik AIM meliputi pengurusan skim pembiayaan mikro, strategi kutipan bayaran balik, pendigitalan sistem, serta mekanisme penguatkuasaan operasi.
 
Sesi libat urus ini turut memperkukuh jaringan strategik antara AIM dan YPKT dalam usaha meningkatkan keberkesanan program pembangunan komuniti serta memperkasa kesejahteraan keluarga dan usahawan B40 di peringkat negeri.
 
AIM merakamkan penghargaan kepada YPKT atas kunjungan ini dan berharap kerjasama strategik dapat diteruskan ke arah manfaat masyarakat secara menyeluruh.
 

aim.gov.my

 MESYUARAT AIM DAN YPKT

SESI MESYUARAT YPKT DAN AIM

SESI BERGAMBAR AIM YPKT

SESI BERGAMBAR AIM YPK

Pin It

Jumlah Pelawat : 311093

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 Disember 2025, 11:06:37.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY