YPKT Adakan Kunjungan Hormat ke TEKUN Nasional Bincang Kerjasama Strategik

TEKUN Nasional berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Ibu Pejabat TEKUN Nasional hari ini. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan keluarga, kemajuan komuniti dan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat setempat.

Sepanjang sesi pertemuan, kedua-dua pihak berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan program pembangunan insan, pemerkasaan keusahawanan dan inisiatif yang dapat digembleng secara bersama bagi memperluas impak kepada kumpulan sasaran.

Perbincangan turut menyentuh peluang kerjasama melalui program latihan, bimbingan keusahawanan, serta sokongan modal bagi membantu keluarga dan belia menjana pendapatan secara mampan.

TEKUN Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YPKT mengadakan sesi kunjungan hormat ini.

Turut hadir bersama, Encik Misman Bin Hussin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (Pentadbiran & Korporat) serta barisan Pengurusan TEKUN Nasional.

Pin It

Jumlah Pelawat : 311093

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 Disember 2025, 11:06:37.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY