KUALA TERENGGANU, 3 Disember 2025 – YPKT telah melaksanakan Kursus Reset Minda dan Rehat Jiwa di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Terengganu dengan penyampaian oleh Encik Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hospital Sultan Zainal Abidin.
Kursus ini memberi penekanan terhadap peningkatan motivasi dalaman, pengukuhan komitmen kerja dan pembentukan rasa tanggungjawab dalam kalangan peserta. Selain itu, program turut membantu peserta mengenal pasti potensi diri bagi meningkatkan prestasi dan keyakinan.
Elemen profesionalisme, disiplin kerja dan etika perkhidmatan turut diketengahkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berkualiti. Peserta juga diterapkan dengan pemikiran terbuka dan daya tahan dalam menghadapi cabaran semasa di tempat kerja.






