Kuala Terengganu, 2 Disember 2025 – Seramai 18 pemandu Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menyertai Kursus Etiket dan Protokol Pemandu Kenderaan YPKT 2025 yang dikendalikan oleh Mejar (B) Haji Mohd Zahari bin Haji Janah, Pegawai Penyelaras Istiadat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Kursus ini memberi penekanan terhadap standard etiket perkhidmatan, pematuhan protokol rasmi serta kaedah pengendalian tetamu dengan berkesan. Pelaksanaan program ini diharap dapat memperkukuh kualiti perkhidmatan pemandu YPKT serta meningkatkan imej organisasi dalam setiap urusan rasmi.







