Seminar A.I. Bisnes Kencang: Memperkasa Ibu Tunggal Terengganu dalam Ekonomi Digital

KUALA TERENGGANU, 27 Oktober 2025 – Seminar Mahir A.I. Bisnes Kencang Kepada Ibu Tunggal anjuran bersama Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Ibu Tunggal YPKT.
 
Seramai 100 peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Kelab Ibu Tunggal DUN dan warga YPKT telah menyertai program ini yang memberi fokus kepada penguasaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dalam memperkukuh keusahawanan digital masa kini.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu. Turut hadir Presiden DPIM, YBhg. Dato’ Mohammad Sahar bin Mat Din dan Timbalan Pengarah (Program) YPKT, YBrs. Tuan Haji Nazri bin Yusoff.
 
Program ini menjadi platform penting dalam membina keyakinan dan kemahiran ibu tunggal agar lebih berdaya saing serta mampu menyesuaikan diri dengan arus ekonomi digital semasa.
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 287765

  • Kemaskini Terkini : Isnin 03 November 2025, 09:19:12.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY