Program PJD: Pendedahan Dunia Peruncitan Melalui Lawatan “Dari Kilang ke Kedai"

Selangor, 28 Oktober 2025 – Seramai 36 peserta Program Pinjaman Jaya Diri (PJD) bidang peruncitan telah menyertai Lawatan Peningkatan Ilmu “Dari Kilang ke Kedai” yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Oktober 2025.
 
Lawatan ini melibatkan dua destinasi utama iaitu Ladang Farm Fresh di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor dan Kilang Coklat Grandeur Prima di Selayang, Selangor.
 
Program ini bertujuan memberikan pendedahan langsung kepada peserta tentang dunia peruncitan serta perkongsian pengalaman daripada usahawan bumiputera yang berjaya dan telah mendapat pengiktirafan produk halal JAKIM serta sijil MESTI.
 
Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih kukuh dan sihat antara peserta dengan usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 287765

  • Kemaskini Terkini : Isnin 03 November 2025, 09:19:12.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY