Program Kesejahteraan Rakyat Zon Barat: Bengkel Pengeluaran dan Produk Kraf Beg Batik

Akademi Jahitan YPK Kawasan Hulu Terengganu
 
Hulu Terengganu, Oktober 2025 – YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (PPNT-ICU), telah mengadakan lawatan rasmi ke Anjung Kasih Hulu Terengganu sempena Program Bengkel Pengeluaran dan Produk Kraf Pembuatan Beg Batik.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Kesejahteraan Rakyat Zon Barat (Marang/Hulu Terengganu) anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bagi memperkasa ekonomi komuniti melalui kemahiran kraf tempatan.

Lawatan ini turut diiringi oleh Timbalan Pengarah, pegawai program YPKT serta wakil Pusat Pembangunan Pembangunan Masyarakat (PPPM) Hulu Terengganu. Melalui bengkel ini, para peserta diberi pendedahan terhadap teknik asas pembuatan beg berasaskan kain batik serta bimbingan keusahawanan bagi meningkatkan kualiti dan nilai pasaran produk mereka.

Program seumpama ini diharap dapat memperkukuh ekonomi setempat, memperkasa wanita serta golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam menjana pendapatan melalui aktiviti kraf yang kreatif dan berdaya saing.

#YPKTLI
#KeluargaBahagiaHidupSejahtera
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#KesejahteraanRakyat2025

perbincangan

sesi bersua bersama penjahit

sesi menjahit

sesi bergambar

sesi bergambar bengkel kraf

Pin It

Jumlah Pelawat : 287765

  • Kemaskini Terkini : Isnin 03 November 2025, 09:19:12.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY