Peserta PJD Kelab JADI Besut Raih Inspirasi Lawatan Industri

11 Disember, 2025 (Khamis) - Alhamdulillah, Kelab JADI Besut telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Kilang Kopi Amiexa di Kg. Banggol Karah, Serada, Kuala Terengganu dan Pizza Medira di Kg. Paya Datu, Manir, Kuala Nerus.
 
Sekalung penghargaan atas kesudian menerima kunjungan dan perkongsian ilmu yang sangat bermakna. Semoga pengalaman yang dikongsi menjadi inspirasi buat peserta PJD untuk terus maju dalam projek masing-masing.
 
Rombongan seramai 34 orang peserta Program Jaya Diri (PJD) ini diketuai oleh En. Mohd Najmie Mustaqim (YPKT Besut) dan Pn. Azizah Mat Abd Ghani (Kelab JADI Besut).
 
Singgah di Serada meminum kopi,
Aroma harum melekat di hati,
Ilmu dikongsi tambah bererti,
Menjadi bekal maju berdikari.
Ke Paya Datu rombongan tiba,
Pizza panas menyambut mesra,
Lawatan singkat penuh bermakna,
Semoga peserta terus berjaya.
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 343602

  • Kemaskini Terkini : Isnin 02 Mac 2026, 15:20:14.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY