YPKT Perkasakan Ekonomi Keluarga: 54 Graduan Jahitan ADI Tamatkan Latihan Berstruktur

 Kuala Terengganu, 17 November 2025 – Majlis Graduasi Pelatih Jahitan Akademi Dalam Industri (ADI) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh tertib di Dewan Kompleks Ibu Tunggal YPKT. Majlis ini merupakan simbol penghargaan YPKT kepada para pelatih yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi dalam mengikuti latihan berstruktur sepanjang tahun 2025.
 
Seramai 54 orang pelatih Jahitan ADI menerima pengiktirafan dan penganugerahan sijil setelah berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang bagi tahun 2025. Program latihan ini dijalankan melalui lapan buah Akademi Jahitan ADI di seluruh negeri Terengganu dan terbuka kepada belia serta beliawanis berumur 16 hingga 45 tahun. Modul latihan menggunakan kurikulum SLDN/ADI yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
 
Majlis dirasmikan oleh YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu.Turut hadir, Pengarah YPKT, YBrs. En. Ahmad Faris bin Abdul Razak; Penolong Kanan Pengarah JPK Wilayah Timur, En. Eleas bin Ismail; Timbalan Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain; Timbalan Pengarah (Program), Tuan Haji Nazri bin Yusoff; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosioekonomi, Puan Siti Khatijah binti Sapei; pegawai-pegawai YPKT serta para jemputan yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini.
 
Majlis ini turut menjadi platform pengiktirafan kepada pelatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan, sekali gus mengukuhkan peranan YPKT dalam memperkasa ekonomi keluarga melalui peluang kemahiran dan keusahawanan.
 
 
kehadiran pengarah ypkt
 
pemberian kata aluan
 
graduan jahitan 2025
 
peserta jahitan
 
para peserta
 
sesi bergambar academi jahitan
Pin It

Jumlah Pelawat : 293763

  • Kemaskini Terkini : Selasa 18 November 2025, 13:24:14.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY