KUALA NERUS, 6 November 2025 – Seramai 50 pasangan yang terdiri daripada penjawat awam telah menyertai Program Pasca Perkahwinan “Bicara Keluarga Jannah” yang berlangsung di Dewan Ehsan, Pusat Latihan Felda Wilayah Terengganu, Kuala Nerus hari ini.
Program berkenaan bertujuan memberikan bimbingan dan pengukuhan ilmu kekeluargaan kepada pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, sekali gus membantu membentuk keluarga yang harmoni, sejahtera dan berlandaskan nilai Islam.
Ceramah telah disampaikan oleh Coach Termizi Aziz dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan topik “Pasangan Serasi Keluarga Harmoni” yang memberi penekanan terhadap pembinaan hubungan yang seimbang antara tanggungjawab, kasih sayang dan kepercayaan dalam kehidupan berumahtangga.
Program ini diyakini dapat memberikan impak positif terhadap pembentukan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.







