Kuala Terengganu, 31 Disember 2024 – Lawatan tinjauan ke Kelas Jahitan Komuniti DUN Ladang bagi sesi 1/2025 telah diadakan dengan kehadiran YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, merangkap ADUN Ladang. Tinjauan tersebut bertujuan memastikan persediaan bagi sesi pembelajaran baharu berada dalam keadaan terbaik.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah Sektor Program, Tuan Haji Nazri bin Yusoff, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Kawasan Kuala Terengganu, Puan Salbiah binti Ramli,
serta beberapa pegawai dan guru jahitan di bawah seliaan YPKT.