Program Jalinan Mahabbah: Keluarga Jannati 2024 YPKT

KUALA NERUS, 30 November 2024 – Program Jalinan Mahabbah: Keluarga Jannati 2024 anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Kompleks Al-Wathiqubillah. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu untuk meraikan pasangan peserta Walimatulurus Perdana yang menyertai program terdahulu.
 
Program “Walimatulurus Perdana” merupakan satu usaha murni untuk membantu pasangan muda, termasuk belia dan beliawanis serta ibu atau bapa tunggal, dalam mendirikan rumah tangga. Ia juga bertujuan meringankan beban kewangan keluarga dalam mengadakan majlis perkahwinan.
 
Antara pengisian utama program adalah Bicarawara Keluarga Cemerlang “Keluargaku Syurgaku” yang disampaikan oleh Dato' Haji Badli Shah bin Alaudin, Timbalan Mufti Negeri Pahang. Ceramah ini memberikan panduan berguna kepada para peserta mengenai pembentukan keluarga bahagia dan harmoni.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu.
 
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah En. Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT; Tuan Haji Nazri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sektor Program; Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan; serta pegawai dan kakitangan YPKT yang terlibat.
Pin It

Jumlah Pelawat : 205292

  • Kemaskini Terkini : Rabu 22 Januari 2025, 15:54:31.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY