Program Kesejahteraan Warga Emas YPKT Hulu Terengganu

 
Hulu Terengganu, 25 Julai 2024 - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menganjurkan Program Kesejahteraan Warga Emas dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Pergigian, Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu di Dewan Sivik Ajil.
Program ini dirasmikan oleh YB Ustaz Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional. Turut hadir, Timbalan Pengarah Program YPKT, Tuan Haji Nazri bin Yusoff, dan Pegawai YPKT Kawasan Hulu Terengganu, En. Mohd Faizal bin Haron.
 
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pemeriksaan kesihatan pergigian percuma, ceramah kesihatan, dan sesi soal jawab bersama pakar. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan warga emas.
Dengan penganjuran program seperti ini, YPKT berharap dapat terus menyumbang kepada kesejahteraan warga emas dan memastikan mereka menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti.
Pin It

Jumlah Pelawat : 196009

  • Kemaskini Terkini : Ahad 08 Disember 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY