Majlis Perjumpaan Sukan Angkat Berat Terengganu SUKMA XXI 2024

 
Kuala Terengganu, 9 Julai 2024 (Selasa) – Majlis Perjumpaan Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukan Angkat Berat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Majlis ini diadakan sebagai persediaan menjelang SUKMA XXI Sarawak 2024.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YB Ustaz Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, sebagai Bapa Angkat kepada pasukan angkat berat negeri Terengganu. Turut hadir adalah Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), En. Ahmad Faris bin Abdul Razak, yang mewakili Jabatan Angkat.
 
Pasukan angkat berat negeri Terengganu yang terdiri daripada 10 orang atlet, masing-masing 5 lelaki dan 5 perempuan, akan mewakili negeri dalam SUKMA XXI Sarawak 2024. Kejohanan ini akan berlangsung dari 17 Ogos hingga 24 Ogos 2024 di Bintulu, Sarawak.
Penglibatan YPKT sebagai Jabatan Angkat bagi Sukan Angkat Berat bermula pada tahun 2014 di SUKMA Perlis dan berterusan sehingga kini. PBBABT telah diperkasakan dan ditambah nilai di bawah kepimpinan Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, mantan Pengarah YPKT. Manakala YB Ustaz Maliaman bin Kassim telah dilantik sebagai Bapa Angkat Sukan Angkat Berat pada SUKMA ke-20 di Wilayah Persekutuan pada 2022 dan kini pada SUKMA ke-21 di Sarawak.
 
Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu (PBBABT), Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abdul Ghani, Timbalan Presiden PBBABT, Ahmad Shahrizal Yahaya, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), barisan jurulatih, pegawai kanan YPKT, Pengurus Sukan & Pengurus Pasukan Angkat Berat, dan AJK Persatuan PBBABT.
 
Insentif tambahan kepada Jurulatih dan pegawai pasukan sebagai penghargaan telah menerima sepasang kasut dan Jabatan turut menyumbangkan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan untuk memudahkan urusan dalam meningkatkan kualiti pencapaian atlet.
YB Ustaz Maliaman memberikan nasihat kepada para atlet agar mengelakkan diri dari isu doping, patuh kepada pengurus sukan dan jurulatih, mengawal emosi, elakkan gugup, sentiasa berfikiran positif, menjaga akhlak, saling hormat menghormati, dan meletakkan semangat setia kawan. Beliau berharap agar semua atlet dapat memberikan yang terbaik dan membawa pulang seberapa banyak pingat, terutamanya pingat emas. Beliau turut mendoakan agar semua yang terlibat sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah serta diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan sepanjang berada di Sarawak.
 
Dengan persiapan yang rapi dan sokongan padu daripada semua pihak, pasukan angkat berat negeri Terengganu diharapkan mampu mencipta kejayaan gemilang dan mengharumkan nama negeri di SUKMA XXI Sarawak 2024.
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 196020

  • Kemaskini Terkini : Ahad 08 Disember 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY