29 April 2024 (Isnin) – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Aktiviti Tanggunggjawab Sosial Korporat (CSR) bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) 2024 “Jalinan Mesra” Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan menjemput seramai 22 orang anak-anak dari Asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payong, Marang, Terengganu dan telah menerima sumbangan daripada YPKT sebanyak RM 4,000.00 termasuk agihan duit raya oleh YBrs. Tuan Pengarah YPKT, En. Ahmad Faris bin Abdul Razak.
Penyerahan sumbangan dan agihan duit raya telah disempurnakan oleh YB. Ustaz Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional.