Penganugerahan KIK YPKT Raih Empat Bintang
Kha, 12 Nov 2026

KUALA TERENGGANU, 12 November 2026 – Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) DunTer Dynamic daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjaya meraih penganugerahan Empat Bintang menerusi projek inovasi Brain Boost Busy Box (4B) dalam Majlis Persada Inovasi Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang disertai sebanyak 36 pasukan daripada pelbagai jabatan dan agensi perkhidmatan awam negeri.
Kumpulan yang diketuai oleh Puan Wan Nur Juleana binti Wan Jusoh dibawah seliaan Bahagian Perancangan Inovasi & Korporat itu mengetengahkan Brain Boost Busy Box (4B), iaitu inovasi yang dibangunkan bagi menangani beberapa isu di TASKA, khususnya keterbatasan ruang penyimpanan alat bantu mengajar (ABM), kos penyediaan bahan pembelajaran serta kekangan masa pendidik dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Pembangunan inovasi berkonsepkan penyelesaian menyeluruh dalam satu set itu bertujuan memudahkan pengurusan bahan pembelajaran, di samping membantu pendidik melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur serta berkesan.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Penganugerahan Empat Bintang ini mencerminkan keupayaan warga YPKT dalam menghasilkan idea kreatif dan inovatif yang berteraskan penyelesaian kepada isu sebenar di lapangan, khususnya dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pendidikan awal kanak-kanak.
3 Berita Semasa
Kha, 12 Nov 2026
Sel, 10 Nov 2026
Isn, 09 Nov 2026

























