LENSA YPKT | RESEPSI WALIMATULURUS PERDANA PERINGKAS NEGERI 2026
Isn, 09 Nov 2026

KUALA NERUS, 7 November – Seramai 193 pasangan pengantin menerima bantuan pembiayaan majlis perkahwinan menerusi Program Walimatulurus Perdana Terengganu 2026 yang menjadi antara usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam meringankan beban kewangan pasangan muda untuk mendirikan rumah tangga.
Daripada jumlah tersebut, seramai 59 pasangan dari daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu diraikan dalam Majlis Perasmian dan Resepsi Walimatulurus Perdana Tahun 2026 Peringkat Negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Pusat Pentadbiran Kuala Nerus, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah yang mewakili Menteri Besar Terengganu, YAB. Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, YB Ustaz Haji Maliaman bin Kassim serta Pengarah YPKT, YBrs. En. Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan.
Selain bantuan pembiayaan, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) turut menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk insentif, kursus dan program kekeluargaan bagi mempersiapkan pasangan menghadapi kehidupan berumah tangga.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan institusi kekeluargaan terus diperkukuh melalui pendekatan yang menyeluruh, sekali gus melahirkan keluarga yang bahagia dan sejahtera.
3 Berita Semasa
Kha, 12 Nov 2026
Sel, 10 Nov 2026
Isn, 09 Nov 2026






















