Ahad-Khamis : 08:00-05:00

Pilih bahasa anda

PEMERKASAAN WANITA MELALUI TEKNOLOGI AI

Sel, 10 Nov 2026

PEMERKASAAN WANITA MELALUI TEKNOLOGI AI

KUALA TERENGGANU, 10 NOVEMBER 2026 – Kursus Artificial Intelligence (AI) untuk Pemerkasaan Wanita dalam Penjanaan Pendapatan dan Pengurangan Jurang Digital telah berlangsung selama dua hari bermula 10 hingga 11 November 2026 bertempat di Talkspace TD1303, Kuala Terengganu.

Program ini bertujuan memperkasa golongan wanita melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya dalam memahami serta memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong aktiviti harian, kerjaya dan pengurusan perniagaan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta diberikan pendedahan serta latihan praktikal berkaitan penggunaan aplikasi berasaskan AI seperti ChatGPT dan Canva AI, selain teknologi penghasilan imej, video dan muzik. Penguasaan kemahiran ini dapat membantu peserta meningkatkan produktiviti, kreativiti serta memperkukuh strategi pemasaran digital.

Program ini turut melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat wanita termasuk usahawan, ibu tunggal, graduan, belia wanita, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wanita yang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta.

Penganjuran program ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada golongan wanita untuk meneroka potensi teknologi digital sebagai sumber penjanaan pendapatan, meningkatkan daya saing serta mengurangkan jurang digital dalam kalangan masyarakat, selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan ekonomi digital masa kini.

 

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Portal Rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

Terengganu Pay

Dasar Privasi