Program Bimbingan Pakar YPKT: Pemeriksaan Kesihatan & Ceramah Kesedaran di Setiu

 Setiu, 24 September 2025 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Program Bimbingan Pakar yang telah dihadiri oleh seramai 59 orang peserta daripada Parlimen Setiu. Program ini bertujuan menekankan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan emosi.
 
Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Syazwan bin Abd Rasid, Pegawai Psikologi dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dan Dr Nurazrina bt Abdul Aziz, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Rahmat.
 
Selain itu, seramai empat orang pasukan kesihatan yang diketuai oleh Dr Wan Nurshafiqah Munirah Binti Halimi @ Wan Halimi telah datang dari Klinik Kesihatan Permaisuri bagi sesi pemeriksaan kesihatan. Para peserta telah dapat mengukur berat badan, tinggi, tekanan darah, paras gula dan juga kolesterol.
 
 
ceramah bimbingan pakar
 
rawatan bimbingan pakar
 
rawatan kesihatan
 
sesi bergambar bimbingan pakar
Pin It

Total Visitors : 277178

  • Last Modified : Sunday 05 October 2025, 09:04:23.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY