Hulu Terengganu, 25 September 2025 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Program Pasca Perkahwinan Sehati Sejiwa. Program ini telah dihadiri oleh seramai 97 orang terdiri daripada peserta pasca Walimatulurus Perdana 2025, ibu bapa pelajar taska dan klien-klien YPKT.
Dalam program ini, Encik Syahrul Ridzwan bin Mohd Shaim (Penolong Pegawai Penerangan lppkn) telah menyampaikan slot 1 yang bertajuk Mengurus Emosi Bersama. Slot kedua pula telah disampaikan oleh Puan Nor Harmimi Binti Jalil (Penolong Pengarah Kanan lppkn) yang bertajuk Bicara Kita.
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kawasan YPKT, Hulu Terengganu, Encik Mohd Faizal bin Haron.