KUALA TERENGGANU, 30 September 2025 – Delegasi TASKA Keluarga Mawaddah, Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke TASKA Permata Keluarga Wisma Darul Iman.
Lawatan ini diketuai oleh Penyelia TASKA, Puan Nurul Fasehah binti Mat Husain bersama tujuh orang pengasuh. Delegasi berpeluang meninjau pengoperasian serta amalan terbaik yang dilaksanakan di TASKA Permata Keluarga, di samping sesi perkongsian bersama pegawai YPKT.
Kehadiran delegasi disambut oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd Ghani bersama pegawai-pegawai YPKT. Turut serta, Encik Wan Mohamed Hilmi bin Wan Isa, Penolong Setiausaha (PSU) Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional.
Lawatan ini menzahirkan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa pengurusan pendidikan awal kanak-kanak, selain menjadi wadah perkongsian ilmu dan inovasi.