KUALA TERENGGANU, 7 September 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu yang diketuai oleh Prof. Dr. Azman Che Mat, Timbalan Rektor Akademik, bersama tujuh orang pensyarah kanan, hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan kerjasama strategik antara UiTM Cawangan Terengganu dan YPKT, khususnya berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal dimeterai oleh kedua-dua institusi, termasuk perancangan tarikh pemeteraian memorandum berkenaan.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada cadangan pelaksanaan program dan aktiviti susulan bagi meneruskan kesinambungan Seminar Digitalpreneur yang melibatkan peserta usahawan YPKT. Inisiatif ini dijangka dapat membuka ruang kepada perkongsian ilmu, peningkatan kemahiran serta pengembangan potensi keusahawanan dalam kalangan peserta.
YPKT turut diwakili oleh YBrs. En. Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT, bersama Timbalan Pengarah (Pengurusan), Timbalan Pengarah (Program) serta barisan pegawai kanan YPKT.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik, khususnya dalam bidang pembangunan keusahawanan, pemerkasaan peserta serta penghasilan program yang memberi impak positif kepada masyarakat dan komuniti.
Kerjasama antara YPKT dan UiTM Cawangan Terengganu diharap dapat terus diperkasakan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang berterusan, sekali gus menyokong agenda pembangunan modal insan dan peningkatan sosio ekonomi masyarakat di negeri Terengganu.
#ypkt#KeluargaBahagiaHidupSejahtera#TerengganuMajuBerkatSejahtera








