Kursus Google Workspace YPKT Perkasa Kemahiran Digital Peserta

KUALA TERENGGANU, 1 April 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Unit Teknologi Maklumat telah menganjurkan Kursus Google Workspace selama dua hari bertempat di Dewan Kompleks Ibu Tunggal YPKT sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh kemahiran digital dalam kalangan warga kerja.

Kursus yang berlangsung pada 31 Mac hingga 1 April 2026 ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran praktikal dalam meningkatkan produktiviti serta memperkukuh kolaborasi dalam persekitaran kerja digital. Antara fokus utama yang diberikan termasuk komunikasi yang efektif, kolaborasi masa nyata serta pengurusan data dan organisasi secara sistematik.

Bagi sesi pertama yang diadakan pada 31 Mac 2026, seramai 50 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada Pengurus TASKA Permata Keluarga serta kakitangan YPKT dari Parlimen Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu, sesi kedua yang berlangsung pada 1 April 2026 pula telah disertai oleh seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada Pengurus TASKA Permata Keluarga dan kakitangan YPKT dari Parlimen Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Kursus ini dikendalikan oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Jamil bin Awang bersama Unit Teknologi Maklumat YPKT. Turut hadir pada sesi kedua ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran YPKT, Puan Mazliza binti Abdul Mubin.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen YPKT dalam memperkasa keupayaan digital warga kerja selaras dengan keperluan transformasi teknologi semasa. Inisiatif ini juga diharap dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh budaya kerja yang lebih sistematik, efisien dan berdaya saing.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Kursus Google Workspace ini berjaya memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta dalam penggunaan aplikasi digital yang relevan dengan keperluan kerja semasa. Program ini bukan sahaja meningkatkan tahap kemahiran ICT, malah menyokong usaha YPKT dalam memperkasakan transformasi digital organisasi secara berterusan.

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

workspace1

workspace2

workspace3

workspace4

workspace5

workspace6

workspace7

workspace8

workspace10

workspace11

workspace12

workspace13

workspace14

workspace15

workspace16

workspace17

Pin It

Jumlah Pelawat : 355036

  • Kemaskini Terkini : Selasa 07 April 2026, 12:47:20.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY