Program Kasih Ramadan: 3,000 Bekas Bubur Lambuk Diagih Kepada Orang Ramai

KUALA TERENGGANU, 10 Mac 2026 – Sebanyak 14 periuk bubur lambuk dengan hampir 3,000 bekas telah disediakan untuk diagihkan kepada orang ramai dalam Program Kasih Ramadan: Bubur Lambuk Perdana yang berlangsung di Perkarangan Dataran Alamanda, Kuala Terengganu hari ini.

Program anjuran Urus Setia Wanita Terengganu (USWA) itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri termasuk Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang turut terlibat secara langsung dalam penyediaan bubur lambuk bersama agensi lain.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, YB Ustaz Haji Maliaman bin Kassim.

Program yang diadakan bersempena bulan Ramadan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kebersamaan serta menyantuni masyarakat setempat melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong melibatkan penyertaan kakitangan daripada pelbagai agensi yang bersama-sama berganding bahu bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

Selain mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan negeri, program ini turut memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk merasai kemeriahan dan keberkatan bulan Ramadan melalui pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah turut memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri dalam menjayakan pelbagai inisiatif kebajikan dan program kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadan.

Pin It

Jumlah Pelawat : 346317

  • Kemaskini Terkini : Isnin 16 Mac 2026, 12:33:46.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY