125 Kanak-Kanak Dungun Terima Sijil Graduasi TASKA Permata Keluarga YPKT

Dungun, 24 November 2025 – Seramai 125 kanak-kanak berusia empat tahun menerima penganugerahan sijil sempena Majlis Graduasi TASKA Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Parlimen Dungun yang berlangsung di Dewan Pusat Latihan Kerteh, Perkampungan FELDA Kerteh 2.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah YPKT, YBrs. Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, yang turut menyampaikan sijil kepada para graduan cilik sebagai simbol pengiktirafan atas pencapaian mereka sepanjang sesi pembelajaran, khususnya dalam penguasaan hafazan surah-surah lazim.
 
Majlis ini turut mencerminkan komitmen YPKT dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak serta menghargai peranan ibu bapa dan penjaga dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan berkualiti sejak usia muda. Kejayaan ini membuktikan usaha bersama semua pihak dalam melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 305004

  • Kemaskini Terkini : Ahad 07 Disember 2025, 11:25:08.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY