KUALA TERENGGANU, 4 November 2025 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) Terengganu yang diketuai oleh Puan Nurain binti Othman, Ketua Pejabat HRD Corp Terengganu.
Kunjungan ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Pengarah, Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak. Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik dan peluang kolaborasi yang dapat memberi manfaat bersama, khususnya dalam memperkukuh aspek pembangunan sumber manusia dan keluarga di negeri ini.
Pertemuan ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada pelaksanaan inisiatif bersama yang menyokong agenda pembangunan keluarga dan masyarakat melalui program latihan serta peningkatan kompetensi yang berimpak tinggi.







