Seiring aspirasi memperkukuh ekosistem sosial dan ekonomi Islam di peringkat negeri dan nasional, satu pertemuan antara Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ( YPKT ) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia ( DPIM ) telah diadakan pada 7 Oktober 2025 ( Selasa ) di Ibu Pejabat YPKT. Pertemuan ini adalah bagi memperluaskan program-program kebajikan dan sosial dibawah YPKT.
Perbincangan yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT turut dihadiri YBhg. Dato’ Haji Mohammad Sahar bin Mat Din ( Presiden DPIM ) serta Pegawai Tertinggi YPKT.


