KUALA TERENGGANU, 5 Jun 2025 - Majlis Perasmian Penutup Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak ( KAP ) 2025 YPKT telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang diadakan di Dewan Kompleks Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak ( Pengarah YPKT ) dan turut hadir sama ke majlis, Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd. Ghani ( Ketua Penolong Pengarah Perkembangan Awal Kanak-Kanak ) bersama barisan tenaga pengajar KAP 2025.
Kursus Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA ( Kursus Asuhan PERMATA-KAP ) ini dijalankan adalah sebagai memenuhi syarat yang diwajibkan oleh Kerajaan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada mana-mana individu yang ingin menjadi pengusaha / pengurus / penyelia / pengasuh di TASKA.
Seramai 34 orang Pendidik TASKA Permata Keluarga YPKT telah diberi peluang untuk mengikuti kursus yang bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan tentang pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara dengan baik dan efektif bagi menjamin kualiti pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia berada pada landasan yang terbaik.