23 Mei 2024 (Khamis) – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Majlis Penyampaian Modal Program Jaya Diri (PJD) Siri 5/2024 Dan Program Pasca Perkahwinan “SEHATI SEJIWA” bertempat di Dewan Kompleks Ibu Tunggal YPKT.
Pada slot pertama program adalah berkenaan dengan “SEHATI SEJIWA” yang dikendalikan oleh Cik Salsabilla binti Harun, Penolong Pengarah (Bimbingan & Kaunseling) YPKT dan pada slot kedua berkenaan “Pemasaran Berkesan” yang dikendalikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli bin Awang, CEO Imbasan Nilai. Kemudian program diteruskan dengan Lafaz Ijab Qabul Pembiayaan Modal PJD oleh wakil pegawai YPKT dan wakil peserta PJD.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga YPKT. turut hadir En. Amilru Azaha bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi dan pegawai-pegawai YPKT.