Lawatan dari Bahagian PERMATA Kementerian Pendidikan Malaysia

 
28 Januari 2024 (Ahad) – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima lawatan ilmiah deligasi dari Bahagian Permata Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Permata, Dr. Normas binti Awang diringi seramai 11 orang pegawai yang hadir sama.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah YPKT, En. Ahmad Faris bin Abdul Razak dimana beliau menyambut baik kunjungan deligasi ini. Kemudian majlis diteruskan dengan taklimat berkenaan YPKT dan TASKA Permata Keluarga yang disampaikan oleh En. Nazri bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi & Korporat. Selepas selesai taklimat, deligasi dibawa melawat ke TASKA Permata Keluarga Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu & TASKA Permata Keluarga Gong Datuk, Kuala Nerus. Turut hadir sama Timbalan Pengarah (Pengurusan), Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Pn. Siti Khatijah binti Sapei dan pegawai-pegawai YPKT.
 
Tujuan lawatan ilmiah dari deligasi ini adalah untuk melihat pengoperasian, aktiviti anak-anak TASKA Permata Keluarga dan berkongsi kepakaran dan ilmu yang berkaitan dengan Pendidikan Awal Kanak-Kanak memandangkan PERMATA dan YPKT mempunyai jalinan kersama dalam bidang ini sejak tahun 2009.
 
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 158386

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 10:59:28.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY