KURSUS PEMANDUAN BERETIKA, BERHEMAH DAN CEMERLANG 2022

Kursus Pemanduan Beretika, Berhemah Dan Cemerlang 2022 telah diadakan pada 9-10 Februari 2022 selama 2 hari 1 malam bertempat di Peladang Setiu Agrotourism Resort, Setiu, Terengganu.

Melibatkan seramai 16 orang pemandu kenderaan jabatan, 3 orang juruteknik dan 1 orang pembantu tadbir (kenderaan).

Dikendalikan oleh En. Mohd Nor Azmi Bin Sabran dan En. Hashin Bin Ismail daripada HNR1 Resources.

Tujuan kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang tugas dan tanggungjawab sebagai pemandu kenderaan jabatan, memberi pendedahan tentang teknik pemeriksaan harian kenderaan dan signifikasi mengemaksini buku log, pendedahan tentang undang-undang dan akta jalan raya yang perlu dipatuhi oleh setiap pemandu, meningkatkan kemahiran pemanduan sejajar dengan jenis kenderaan yang dipandu serta melahirkan kumpulan pemandu yang terampil dan cekap berasaskan kemahiran dan informasi.

Majlis perasmian penutup kursus dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki Bin Wan Abdullah, Pengarah YPKT. Turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Ashri Bin Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Pn. Mazliza Binti Abdul Mubin, Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran, En. Halim Bin Mohamed, Penolong Pengarah dan pegawai-pegawai YPKT.

kursus pemanduan beretika

 

kursus drebar

 

WhatsApp Image 2022 02 14 at 10.17.16 AM 1

 

kursus drebar

kursus pemanduan beretika

pemanduan beretika

latihan memandu

kursus pemandu

pendedahan kenderaan pejabat

 

Pin It

Jumlah Pelawat : 49331

  • Kemaskini Terkini : Selasa 20 September 2022, 11:24:09.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my