KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN KEBAJIKAN IHSAN WANITA ISLAM (PERKIWISA) KE YPKT
20 Januari 2022 (Khamis) – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam (PERKIWISA) yang diketuai oleh Pengerusi Perkiwisa iaitu Hajah Che Salmah Mehamood diikuti oleh Cik Mariam binti Razak, Pengurus Perhubungan Korporat dan turut serta wakil daripada Total Life EMQR Motivation Academy (TALEMA), Dr Mohd Hazif dan En. Mohd Nor.
Rombongan mereka telah disambut oleh YBhg. Pengarah YPKT, Haji Wan Zaki bin Wan Abdullah; Timbalan Pengarah Program YPKT, En. Kamarulzaman bin Awang; Timbalan Pengarah Pengurusan YPKT, Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain; Ketua Penolong Pengarah Perancangan Inovasi & Korporat, En. Nazri bin Yusoff; Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga, Haji Mohd Ali @ Mohd Fauzy bin Abd. Ghani; Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga, Cik Zainur Suhada binti Mamat; Penolong Pengarah TASKA, En. Wan Yusmalifalida bin Wan Razali dan pegawai-pegawai YPKT.
PERKIWISA merupakan pertubuhan yang menjadikan aktiviti kebajikan masyarakat sebagai agenda utama mereka. Aktiviti yang mereka laksanakan merentasi pelbagai aspek pembangunan wanita dan keluarga, motivasi, pendidikan dan ekonomi.
Tujuan utama kedatangan mereka ke JPNIN WPKL adalah untuk mempromosikan program “International Nafas Symposium (INSYAAF) yang akan berlangsung pada 2 Februari 2022. Di samping itu, pihak PERKIWISA dan TALEMA juga turut ingin berkerjasama dengan jabatan untuk menganjurkan pelbagai program-program yang berkaitan dengan perpaduan di masa akan datang.
Semoga kerjasama yang terjalin antara YPKT dan PERKIWISA dimasa akan datang menjadi kenyataan kelak dan memberi manfaat kepada seluruh Kawasan Rukun Tetangga khususnya dan masyarakat setempat amnya.