Aplikasi Mencari Jodoh Muslim "Baitul Urus" Dilancarkan

12 Ogos 2021 (khamis) – Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mewujudkan satu ruang dan platform kepada generasi baru bagi mencari dan mendapatkan jodoh secara cepat, mudah dan bersesuaian mengikut kemahuan dan kriteria pilihan melalui Program Baitul Urus.

Inisiatif pembangunan Sistem Baitul Urus ini juga adalah diharapkan agar dapat membantu mempercepatkan proses mencari jodoh dalam kalangan pemuda dan pemudi Islam di Negeri Terengganu yang masih belum berkahwin. Sistem ini juga akan memberi ruang kepada ibu dan bapa tunggal yang berminat untuk mencari jodoh.

Di antara syarat kepada mereka yang ingin mencari jodoh melalui Program Baitul Urus ini antaranya adalah rakyat Negeri Terengganu lelaki mahupun perempuan tanpa mengira batas umur tetapi mestilah berumur 21 tahun ke atas dan tanpa mengira di mana mereka bertugas / bekerja, ia juga terbuka kepada rakyat Negeri Terengganu yang belum berkahwin dan berhasrat untuk mencari jodoh dan tidak dibuka kepada yang bertujuan untuk berpoligami.

Selain daripada belia dan beliawanis, program Baitul Urus ini juga disasarkan kepada golongan ibu atau bapa tunggal yang berhasrat untuk mencari jodoh.

Program Baitul Urus ini yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, adalah menjadi harapan untuk membantu pemuda / pemudi atau ibu / bapa tunggal mendapat jodoh yang sesuai mengikut pilihan hati masing-masing.

Untuk mendaftar sila layari ke www.baitulurus.ypkt.gov.my

Majlis Perasmian Pelancaran Aplikasi Baitul Urus ini telah diadakan secara maya di platform “ZOOM” dan telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga & Perpaduan Nasional. Turut sama terlibat di majlis ini adalah YBhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Pin It

Total Visitors : 196020

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY