Dialog Keusahawanan Jaya Diri Suntik Inspirasi Peserta

HULU TERENGGANU, 9 April 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Bahagian Sosio Ekonomi telah menganjurkan Program Dialog Keusahawanan bertemakan “Inspirasi Kejayaan Program Jaya Diri” bagi Parlimen Hulu Terengganu yang berlangsung di Dewan Sivik Ajil.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan YPKT dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi peserta Program Jaya Diri melalui pendedahan kepada bidang keusahawanan yang berpotensi sebagai sumber pendapatan mampan.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh, suntikan motivasi serta perkongsian pengalaman daripada usahawan berjaya kepada para peserta dalam usaha membina masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing. Pendekatan dialog interaktif yang diketengahkan turut membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan panduan secara langsung berkaitan dunia perniagaan sebenar.

Sesi dialog telah disampaikan oleh Ahmad Izani bin Abd Ghani, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPPMT) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU). Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pengalaman, cabaran serta kejayaan dalam menguruskan perniagaan, termasuk strategi pengurusan, ketahanan menghadapi cabaran serta kepentingan inovasi dalam memastikan kelangsungan perniagaan.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pembangunan keusahawanan sebagai salah satu pemacu utama dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat, khususnya dalam kalangan peserta Program Jaya Diri.

Turut hadir dalam program ini ialah Nazri bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Program) YPKT; Siti Khatijah binti Sapei, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi YPKT; Mohd Faizal bin Haron, Pegawai YPK Kawasan Hulu Terengganu; serta Azlina binti Azhar, Pengerusi Kelab JADI Hulu Terengganu.

Penganjuran program ini dilihat sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, usahawan serta peserta, di samping memupuk budaya keusahawanan yang lebih progresif dalam kalangan masyarakat setempat.

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

 usahawan pjd1

usahawan pjd2 

usahawan pjd3

usahawan pjd4

 usahawan pjd5

 usahawan pjd6

 usahawan pjd7

usahawan pjd8

usahawan pjd9

usahawan pjd10

Pin It

Total Visitors : 358151

  • Last Modified : Sunday 12 April 2026, 09:07:09.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY