Mesyuarat Jawatankuasa Program 2026 Perkukuh Inisiatif Kekeluargaan

KUALA TERENGGANU, 6 April 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Program Kali Pertama Tahun 2026 (Bil. 69) telah diadakan pada 6 April 2026 (Isnin), bersamaan 17 Syawal 1447H, bertempat di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu.

Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan pelbagai program kekeluargaan yang dilaksanakan oleh YPKT ke arah memperkukuh keberkesanan pelaksanaan serta memperluas impak kepada masyarakat. Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha penambahbaikan inisiatif sedia ada agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan selari dengan aspirasi pembangunan sosial negeri.

Antara perkara yang turut diberi perhatian dalam mesyuarat ini ialah pelaksanaan Program Portal Jodoh Darul Iman yang merupakan salah satu inisiatif YPKT dalam membantu membina institusi kekeluargaan yang harmoni dan sejahtera melalui pendekatan yang lebih sistematik dan berstruktur.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Zuraida Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Pengarah YPKT serta wakil-wakil daripada agensi berkaitan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama YPKT dalam memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan secara efektif, berimpak tinggi serta memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat, khususnya dalam aspek pembangunan institusi kekeluargaan.

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

inisiatif1

inisiatif2

inisiatif3

inisiatif4

inisiatif5

 

Pin It

Total Visitors : 358151

  • Last Modified : Sunday 12 April 2026, 09:07:09.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY