Pertandingan ‘Road Safety Education School’ Peringkat Kebangsaan 2023

 TASKA PERMATA Keluarga Che Kundur telah disenarai pendek sebagai 5 pemenang terbaik dan terpilih dalam Pertandingan ‘Road Safety Education School’ Peringkat Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menerusi projek Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR).

 
Hari ini Lawatan Verifikasi telah dijalankan oleh 3 orang pegawai iaitu Puan Rohaniah Ngateni (Penolong Setiausaha Kanan Bahagian GENIUS, KPM), Puan Nur Afifah Aisyah Mohmood Nor (Pegawai Projek PKJR, MIROS) dan Puan Noralya Hayani Norkhairi (Pegawai Projek PKJR, MIROS). Turut hadir sama, Puan Siti Khatijah Sapei (Ketua Penolong Pengarah, TASKA) dan Encik Wan Yusmalifalida Wan Razali (Penolong Pengarah, TASKA) serta Puan Izam Ibrahim (Pengurus TPK Che Kundur).
 
Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan dan undang-undang jalan raya serta kanak-kanak diajar tentang tanda-tanda isyarat lalu lintas.
Di dalam aktiviti ini juga kanak-kanak diterapkan dengan nilai-nilai murni agar menjadi individu bersahsiah mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden.
Pelaksanaan ini telah mendapat sokongan padu dan kerjasama erat daripada Kelab Keluarga TASKA PERMATA Keluarga Che Kundur yang terdiri daripada ibubapa TASKA itu sendiri. Tahniah dan terima kasih di atas ‘teamwork’ yang telah dibuktikan.
 
Pertandingan ‘Road Safety Education School’ Peringkat Kebangsaan 2023
 
Pertandingan ‘Road Safety Education School’ Peringkat Kebangsaan 2023
 
 
 
 
Pin It

Total Visitors : 151139

  • Last Modified : Wednesday 28 February 2024, 15:47:16.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY