13 Februari 2023 (Isnin) - Pra Bengkel pelan Strategik telah diadakan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penilaian YPKT, YBrs prof Madya Dr Norhayati binti Ibrahim.
Bengkel perbincangan ini telah dihadiri oleh YBhg Pengarah YPKT, Haji Zahanapi bin Sagaf, YBrs prof Madya Dr Fakhrul Anwar bin Zainol daripada UniSZA, Timbalan Pengarah YPKT (Program), En Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah YPKT (Pengurusan), Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain dan pegawai-pegawai YPKT.