
Penyertaan
Terbuka kepada rakyat Negeri Terengganu yang berminat untuk menyertai program Walimatulurus Perdana 2025 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Borang permohonan boleh dimuat turun di: http://www.ypkt.gov.my dan boleh didapati di Pejabat YPK Kawasan berdekatan.
Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat YPK Kawasan masing-masing SEBELUM atau PADA 22 Mei, 2025. Permohonan terawal akan diberi keutamaan.
Faedah Kepada Peserta
- 1 set persalinan pakaian pengatin lelaki & perempuan.
- Khidmat jurunikah dan dokumen nikah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
- Pakej Set Perkahwinan (pelamin, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
- Jemputan jamuan khas pengantin bersama keluarga terdekat.
- Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
- Mengikuti kursus-kursus yang berkaitan secara percuma kendalian YPKT.
Kriteria Pemilihan
- Pemohon/pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri (Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada Wakil Rakyat / Penghulu Kampung / Ketua Kampung).
- Had umur pemohon bagi lelaki adalah 18 tahun ke atas manakala bagi perempuan adalah 16 tahun ke atas.
- Perkahwinan adalah kali pertama / belum berkahwin.
- Penyertaan juga terbuka kepada pemohon yang berstatus Ibu Tunggal dan Bapa Tunggal.
- Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
- Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM 3,500.00 ke bawah
- Pendapatan ibubapa pemohon dan pasangan adalah RM 5,000.00 ke bawah
- Mendapat restu kedua-dua Ibu Bapa.
- Lulus Kursus Pra - Perkahwinan Modul Bersatu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Pemohon yang berjaya pada sesi temuduga perlu membayar RM 1,000 bagi setiap pasangan pengantin sebagai komitmen penyertaan dan akan dipulangkan semula selepas selesai Program Walimatulurus Perdana Tahun 2025.
- Pemohon dan pasangan bersetuju mengikuti Majlis Resepsi pada 13 SEPTEMBER 2025 (Sabtu) dan majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
- Calon dan pasangan hendaklah melepasi ujian saringan bebas dadah oleh Agensi AADK.
- Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
- Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
- Sekiranya tuan / puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan / puan dianggap tidak berjaya.