Pada 24 November 2021 di Kompleks Ibu Tunggal Chendering, Kuala Terengganu telah dijalankan Program Pemantapan Pengukuhan Diri : Warga Emas dan Ibu Tunggal Parlimen Marang. Ceramah telah disampaikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Abdul Ghafar bin Mamat; Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Komuniti)
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah YPKT. Turut hadir sama; YBhg. Puan Nor Hafidzah binti Hisham Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kawasan Marang, serta pegawai dan kakitangan YPKT.