Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kerana untuk kesekian kalinya pada tahun ini kita masih lagi berpeluang meraikan sambutan perayaan Hari Kebangsaan Negara kita Malaysia yang tercinta. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini adalah bertemakan "Malaysia Prihatin". Selaras dengan tema ini Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mendokong tinggi hasrat kerajaan Malaysia dalam berusaha memerangi dan menangani ancaman penularan Covid 19.
Selaku warganegara, kita seharusnya menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia menghadapi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. Oleh itu, walau apa kedudukan kita, marilah kita turut bersama-sama dengan kerajaan memgambil bahagian yang sewajarnya memerangi covid-19. Kita perlu bertindak selari dengan kerajaan yang mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat yang menekankan kepada aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat.
Sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke-64 bagi tahun 2021 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Semoga harapan kita agar Malaysia terus maju, aman dan saksama akan kekal selamanya.
Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah
Pengarah
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu