DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Berkenan Dengarkan Taklimat YPK Kawasan Kuala Nerus

KUALA NERUS, 16 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail berkenan menerima sesi taklimat daripada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Kawasan Kuala Nerus sempena Program Attachment yang berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Zaidah binti Ahmad @ Jusoh, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Kawasan Kuala Nerus, yang memperincikan pelaksanaan program serta inisiatif YPK dalam usaha memperkukuh institusi kekeluargaan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Tuan Haji Abd Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Korporat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Sesi taklimat ini menjadi platform penting dalam menzahirkan peranan strategik YPKT sebagai agensi yang komited dalam memperkasakan pembangunan keluarga secara holistik, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera, harmoni dan berdaya tahan.

Seiring dengan firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih dan sayang,” jelas menunjukkan bahawa institusi keluarga yang kukuh merupakan asas utama dalam pembentukan masyarakat yang stabil dan seimbang.

Program ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen berterusan YPKT dalam memperkukuh jaringan kerjasama serta mempertingkat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, khususnya dalam aspek pembangunan keluarga di peringkat akar umbi.

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Dipertuan Muda1

Dipertuan Muda2

 Dipertuan Muda3

 Dipertuan Muda4

 Dipertuan Muda5

 Dipertuan Muda5a

 Dipertuan Muda6

Pin It

Total Visitors : 358152

  • Last Modified : Sunday 12 April 2026, 09:07:09.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY