Taklimat MyPerformance YPKT Tahun 2026

Kuala Terengganu, 23 Februari 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Bahagian Pentadbiran telah mengadakan Taklimat Bengkel MyPerformance di dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) bertempat di Dewan Utama YPKT. Bengkel ini dikendalikan oleh Cik Zainur Suhada binti Mamat, Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran YPKT.
 
Pelaksanaan MyPerformance merupakan penilaian prestasi baharu bagi penjawat awam Negeri Terengganu yang menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bermula tahun 2026. Markah prestasi yang direkodkan akan digunakan sebagai asas penilaian bagi semua penjawat awam yang berlantikan tetap.
Penilaian prestasi dalam MyPerformance merangkumi lima elemen utama, iaitu Penghasilan Kerja berdasarkan Ketetapan Sasaran Kerja Utama (SKU), Kompetensi Fungsian, Kompetensi Tingkah Laku, Nilai Sepunya, serta Penglibatan dan Sumbangan, bagi memastikan penilaian yang menyeluruh dan seimbang.
Pin It

Total Visitors : 345092

  • Last Modified : Monday 16 March 2026, 12:33:46.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY