Kuala Terengganu, 4 Ogos 2024 (Ahad) – Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak dan Timbalan Pengarah (Program) YPKT, Tuan Haji Nazri bin Yusoff telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, dengan kehadiran YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Seramai 60 orang telah menerima APC Peringkat Negeri pada tahun ini (2024).
Kami warga kerja Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah (Program) atas penerimaan anugerah yang berprestij ini. Pengiktirafan ini adalah hasil daripada komitmen dan usaha gigih mereka dalam memajukan institusi serta memberikan perkhidmatan terbaik untuk jabatan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga YPKT untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang.