Program Penyampaian Modul PJD & Sehati Sejiwa YPKT 2024

 
15 Julai 2024, Setiu, Terengganu – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah jayanya menganjurkan Program Penyampaian Modul Program Jaya Diri (PJD) & Sehati Sejiwa bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Setiu pada hari ini.
Dalam program ini telah menyaksikan ijab qabul dan penyampaian baucer kepada 25 orang peserta PJD, yang terdiri daripada 14 orang dari Setiu, 10 orang dari Kuala Nerus, dan 3 orang dari Besut. Baucer tersebut akan digunakan oleh para peserta untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka, di mana setiap peserta mengusahakan pelbagai projek masing-masing.
 
Program Jaya Diri (PJD) diwujudkan untuk membantu peniaga dan usahawan tempatan membina keupayaan perniagaan mereka agar dapat maju pada masa hadapan. Ini adalah selaras dengan usaha YPKT dalam memainkan peranan sebagai jabatan pelengkap dalam agenda pemerkasaan ekonomi luar bandar.
 
Selain daripada penyampaian baucer, program ini juga menyelitkan slot ceramah "Sehati Sejiwa" yang bertajuk "Motivasi dan Pengurusan Konflik Rumah Tangga" yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Bimbingan dan Kaunseling YPKT, Cik Salsabilla binti Harun. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan panduan dalam menguruskan konflik dalam rumah tangga kepada para peserta.
 
Slot ceramah keusahawanan pula disampaikan oleh Puan Che Rohaya Abd Wahab, seorang yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam membina dan mengembangkan perniagaan yang berjaya.
 
Turut hadir dalam program ini adalah En. Halim bin Mohamed, Pegawai YPK Kawasan Setiu; Puan Zaidah binti Ahmad @ Jusoh, Pegawai YPK Kawasan Kuala Nerus; dan En. Wan Yusmalifalida bin Wan Razali, Pegawai YPK Kawasan Besut. Kehadiran mereka menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memajukan usahawan tempatan.
 
Program ini diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada para peserta dalam mengembangkan perniagaan mereka dan seterusnya meningkatkan ekonomi setempat. Usaha YPKT dalam menganjurkan program ini adalah selaras dengan peranan sebagai agen pemerkasaan ekonomi luar bandar, dengan matlamat untuk membina masyarakat yang lebih maju dan berdaya saing.
 
Pin It

Total Visitors : 196015

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY