20 Mac 2024 (Rabu) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPKM).
Mereka diberi taklimat mengenai program-program di YPKT yang boleh dikolaborasikan bersama program-program JPKM.
Antara yang hadir dari JPKM adalah Puan Siti Harjar Binti Mohd Nor, Penolong Kanan Pengarah Bahagian Pentauliahan; Puan Norzanarita Eezan Binti Abdul Ghani, Penolong Kanan Pengarah Bahagian Pentauliahan; Encik Eleas Bin Ismail, Ketua Unit Negeri Terengganu JPK Wilayah Timur dan Encik Mohd Hamdam dari JPK Wilayah Timur.