Nurul Afiqah tebus semula detik hitam 2018

PUTRAJAYA: Detik hitam empat tahun lalu terbalas buat atlet angkat berat Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri apabila berjaya meraih pingat emas dalam kategori 45 kilogram (kg) wanita Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, hari ini.

Beraksi di Kompleks Kejiranan Presint 11, Nurul Afiqah jelas gembira apabila dapat menebus kekecewaan pada edisi Perak 2018 yang menyaksikan kilauan pingat yang sama ditarik balik kerana didapati positif doping.

Pada ketika itu, Nurul Afiqah yang beraksi dalam kategori 48kg meraih emas acara clean and jerk dengan angkatan 81kg dan satu gangsa acara snatch dengan angkatan 62kg.

Begitupun, situasi berbeza dan lebih ceria dilalui Nurul Afiqah yang berjaya meraih emas dengan angkatan keseluruhan 136kg selepas merekodkan 55kg untuk snatch dan 80kg bagi clean and jerk.

 

emas wanita2

 

Angkatan 80kg itu juga sepatutnya menjadi rekod kebangsaan apabila dia berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya iaitu 77kg di Sukan SEA Filipina 2019 namun atas faktor penarikan diri Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) selaku pengendali susulan beberapa atlet didapati positif doping, rekod berkenaan tidak dikira.

"Apapun, Alhamdulillah, hari ini saya mengambil semula pingat yang ditarik semula pada 2018. Sudah tentu saya sangat gembira hari ini dan kemenangan ini amat bermakna.

 

emas wanita

 

"Saya hadiahkan kemenangan ini untuk keluarga dan rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," kata Nurul Afiqah, 22, ketika ditemui media.

"(Dalam pada itu), memang saya rasa sedih (mengenai rekod kebangsaan) juga, tetapi saya sudah membuat yang terbaik. Saya akan terus berusaha lebih baik lagi selepas ini."

Ini adalah penampilan kedua dan yang terakhir buat Nurul Afiqah selepas membuat kemunculan pertama di temasya ini di SUKMA Sarawak 2016 yang menyaksikan dirinya meraih perak.

 YPKT selaku jabatan angkat kepada Persatuan Angkat Berat Negeri Terenggganu mengucapkan sekalung Tahniah dan penghargaan buat semua atlet yang telah menyumbangkan pingat kepada negeri terengganu dalam temasya Sukma pada kali ini.

 

kredit : https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2022/09/1002628/nurul-afiqah-tebus-semula-detik-hitam-2018

Sila lawati facebook rasmi YPKT :  https://www.facebook.com/YPKTrg untuk aktiviti/program semasa berkaitan YPKT.

Pin It

Total Visitors : 184533

  • Last Modified : Wednesday 02 October 2024, 12:09:23.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY