Pada 24 Januari 2022 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Pinjaman Modal Program Jaya Diri (PJD) bertempat di Kompleks Ibu Tunggal, Chendering Terengganu. Majlis penyampaian tersebut telah dirasmikan oleh YB. Hajah Zuraida binti Md Noor, ADUN Wanita Terengganu.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Program) YPKT; Encik Kamarulzaman bin Awang, Pegawai YPKT Parlimen Kuala Terengganu; Puan Salbiah binti Ramli, Pegawai YPKT Parlimen Marang; Encik Mohd Muzamri bin Mohd Yusoff dan pegawai-pegawai YPKT. Seramai 60 peserta PJD dari Parlimen Besut, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman yang hadir menerima cek pinjaman modal berjumlah RM 633,000.00.
Kerajaan Negeri berharap dengan perlaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengatasi masalah kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat. Program ini juga dapat memberi peluang pekerjaan melalui bidang perniagaan bagi mengembang dan mengukuhkan budaya berniaga serta melaksanakan ekonom iinstitusi kekeluargaan itu sendiri.